Takut Kepada Allah SWT

ASSALAMUALAIKUM
Haii korang semuaa :') Hari  ni syaz rajin nak update tentang satu cerita tau,
cerita masa zaman nabi-nabi duluu, Hope korang enjoy okay :') dan buat
sebagai teladan. Cerita nie,syaz ambil dalam buku Penenang Hati,
and syaz sampaikan dekat semua. :) 

Rasulullah SAW bersabda:
"Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada ALLAH, 
berguguranlah dosanya bagaikan dedaun jatuh dari pohonnya." 
    Diceritakan: Ada lelaki jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu 
keluar untuk suatu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sesampai di
kampung yang sunyi ketika orang-orang sudah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud
hatinya. Si wanita itu pun menyahut, "Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?"
Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan.
Dia mengelilingi kawasan itu, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata, 
"Benar semua orang telah tidur." Lalu wanita itu bertanya, "Bagaimana pendapatmu
dengan ALLAH? Apakah saat ini Dia juga sedang tidur?" Lelaki tersebut menjawab,
"Sesungguhnya ALLAH tidak pernah tidur." Wanita itu lalu berkata lagi,
"Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia 
sedang tidur lelap tidak melihat kita.Oleh kerananya Dia lebih berhak ditakuti."
Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan itu kerana dia takut kepada ALLAH.
Dia pulang kerumah dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada seorang 
bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya, "Apakah yang dilakukan oleh ALLAH
kepadamu?"Lelaki itu menjawab: "Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku 
dan meninggalkan dosa itu."


Allah SWT berfirman:
"Maka janganlah engkau takut kepada manusia dan takutlah kepada-Ku."
                                                                                                (Q.S.Al Maidah: 44)

Nabi Muhammad selalu berdoa pada ALLAH SWT yang berbunyi:

           "Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut 
            kepada Engkau sebelum air mata ini habis"

Allah juga telah berfirman:
       
          "Maka barangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup didunia. Maka
          sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan 
          kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. 
          Maka sesungguhnya syurgalah tempat diamnya."
                                                                                       (Q.S. An Nazi'at: 37-41)

Jadii, apa kata kita ramai2 bertaubat sebelum terlambat, Allah Maha Pengampun dan
Allah suka dengan orang-orang yang suka berdoa dan meminta darinya. (:
Jadikan cerita dekat atas tu sebagai pembakar semangat korang untuk berubah.
Insha-Allah semoga hidup kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Syaz doakan
korang semua :') Amin. Okaylah, penat syaz taip tapi syaz puuuaaass, hehe :)
Syaz lapar and nak pergi makan. Tata dan ASSALAMUALAIKUM :)
         

No comments: