"Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat 80 kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun."
Okay now syaz nak story kat korang tentang seorang lelaki yang tak pernah berselawat kepada
Nabi SAW. Ini syaz amek dalam buku je so syaz nak share laah dengan korang.. Tak salah enn
berkongsi? S H A R I N G I S C A R I N G kaaann, h a h a
Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi SAW. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi SAW. Baginda tidak menolehnya. Kemudiaan lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah menjawab, "Tidak." Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak memandangku?" Kata Rasulullah, "Kerana aku tidak kenal kamu." Lalu lelaki itu berkata, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku? Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya." Rasulullah berkata, "Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal dengan umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku." Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat Rasulullah SAW seraya Rasulullah SAW berkata, "Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau." Iaitu kerana dia cinta kepada Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW mengajak Kaab bin Asyraf berserta sahabatnya masuk Islam, mereka berkata, "Kami ini sebagai putera-putera Allah tentu kami lebih menyintai Allah." Kemudian Allah berfirman kepada Nabi-Nya:
"Katakanlah: Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Jadi.. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Nabi SAW. Semoga
kita mendapat "barakah" dari-Nya. Amin ya robbal 'alamin ^_^
kita mendapat "barakah" dari-Nya. Amin ya robbal 'alamin ^_^
Sape setuju kalau time puasa nanti syaz bagi cerita macam ni seminggu sekali? ececeehh, over akuuu nii. Mwahaaahaa Ingat STPM haha. tapi kalau ramai yang suka, Insha-Allah syaz menaip lagi.... H e h e Assalamualaikum dan Salam Jumaat wahai teman-teman semuaaa, Byebyebyeeee !! :D
No comments:
Post a Comment